Friday, 26 June 2020

KERTAS KERJA BENGKEL PENGHASILAN BAHAN PDPC DALAM TALIAN YOUTUBE

KERTAS KERJA

 

BENGKEL PENGHASILAN BAHAN PDPC DALAM TALIAN

MENGGUNAKAN YOUTUBE

1.0 PENDAHULUAN

 

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac 2020 guru-guru mengalami masalah dalam menyampaikan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PDPC) secara atas talian. Ini adalah kerana kebanyakan murid-murid SK Sungkai mengalami masalah capaian internet dan berkongsi peranti elektronik seperti komputer riba dan telefon pintar bersama ahli keluarga.

 

 

Namun, situasi itu tidak menghalang para guru untuk menjadi lebih kreatif serta memanfaatkan penggunaan teknologi yang ada demi memastikan proses pembelajaran anak murid mereka tidak terabai sepanjang tempoh PKP berlangsung.

 

Oleh itu, Panitia Bahasa Inggeris mengambil inisiatif untuk menganjurkan Bengkel Penghasilan Bahan PDPC dalam Talian Menggunakan Youtube untuk memudahkan guru-guru melakukan pengajaran atas talian supaya proses pembelajaran anak murid tidak terabai sepanjang tempoh PKP berlansung. Dengan ini murid-murid dapat menonton dan belajar mengikut kesesuaian masa belajar mereka.



 

 

2.0 OBJEKTIF

 

Penganjuran bengkel ini adalah bertujuan untuk mencapai objektif yang telah digariskan

seperti berikut:-

 

1.     Memantapkan ilmu dan kemahiran peserta dalam menghasilkan bahan-bahan PDPC dalam talian menggunakan aplikasi Youtube.

2.     Menggalakkan guru-guru mempelbagaikan teknik pembelajaran terkini

3.      Meningkatkan daya inovatif dan kreatif guru-guru dalam ICT.

4.     Memberi capaian pembelajaran yang lebih mudah kepada pelajar.

 

 

 

3.0 BUTIRAN PROGRAM

 

MASA                     :         MAKMAL KOMPUTER, SK SUNGKAI

TARIKH                  :         25 JUN 2020 (KHAMIS)

MASA                     :         8.45 PAGI – 12.30 TENGAHARI

PESERTA               :         TERBUKA KEPADA 30 ORANG GURU-GURU

PENCERAMAH       :         MOHD AFIFI BIN MOHD ARIF

 

 

 

 

 

4.0 TENTATIF PROGRAM

 

08.45 pagi : Pendaftaran

08.55 pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

09.00 pagi : BENGKEL

10.30 pagi : Minum Pagi

11.00 pagi : Praktikal

12.00 ptg   : Soal Jawab  

12.30 petang : Majlis tamat

 

 

 

5.0 JAWATAN KUASA

PENGERUSI           :         MARSITA BINTI ABD RAHMAN

NAIB PENGERUSI  :         SHAHRUL MAHZI BIN AZIZAN

SETIAUSAHA         :         RAFIDAH BINTI NAZRI

BENDAHARI           :         SUGUNESHWARY A/P SOMAKANDAM

 

AJK:

PENGACARA MAJLIS       : LAVINA NAIR A/P MADAWAN NAIR

PA SYSTEM                     : NUR SYAHIDA BINTI SHAARANI

MAKANAN & MINUMAN    : MAZLINA BINTI CHE YUSUF

PROMOSI/HEBAHAN        : NURDALILAH BT RAZEMI

BUKU PROGRAM             : NIK SYAKHINA AL-ARIFF BIN NIK DAUD

DOKUMENTASI                : NORMI ZARIFAH BT MOHD ISHA

CENDERAMATA               : SITI MASHITOH BT MD HASHIM

 

  

6.0 KEWANGAN

 

6.1     PERBELANJAAN

PENCERAMAH       :         RM 300.00

JAMUAN                 :         RM 5.00 X 40

CENDERAMATA     :         RM 50.00

FOTOSTAT            :         RM 50.00

                                        _________

JUMLAH                :         RM 700.00

 

 

6.2     SUMBER PENDAPATAN

YURAN                   :         RM 30.00

PESERTA               :         30 ORANG

                                        ________

JUMLAH                          RM 700.00

 

 

7.0 PENUTUP

Diharapkan bengkel ini dapat mencapai objektif yang disasarkan dan setiap peserta dapat mengadaptasi dan menghasilkan bahan PDPC dalam talian menggunakan Youtube.

 

 

Disediakan oleh:                                                       Disahkan dan diluluskan oleh:

 

 

………….……….                                                       ………………………….

Rafidah Binti Nazri                                                     Marsita Binti Abd Rahman

Ketua Panitia Bahasa Inggeris                                   Guru Besar

SK Sungkai                                                               SK Sungkai

 

KERTAS KERJA


BENGKEL PENGHASILAN BAHAN PDPC


DALAM TALIAN MENGGUNAKAN

YOUTUBE

 

 

 

 

 

 

 

           ANJURAN PANITIA BAHASA INGGERIS

TARIKH       :         26 JUN 2020 (SABTU)

MASA          :         8.45 AM – 1230 TGHARI

TEMPAT      :         MAKMAL KOMPUTER SK SUNGKAI



BOLEH DOWNLOAD DI SINI

No comments:

Post a Comment

ASSIGNMENT YEAR END PROJECT FOR 6 CEMERLANG

 Pupils need to complete this task for their final project. The assignment consist on 6 questions and the pupil need to choose their favorit...